Tuesday, July 1, 2014

Amal Qunut Nazilah.


Kekejaman Laknatullah
Qunut nazilah merupakan qunut yang sunat dibacakan ketika sholat fardhu. Biasaannya qunut ini dibaca ketika umat Islam ditimpa musibah, diserang wabah penyakit, ketakutan seperti yang terjadi di negara-negara Islam kini.

Berikut ini adalah panduan untuk membaca qunut ini :

1) Dilakukan pada rakaat terakhir sholat fardhu, setelah rukuk atau sebelum rukuk.

2) Jika dilakukan sebelum rukuk, setelah bacaan Al-Fatihah dan surah, tadahkan tangan dan baca qunut tersebut.

3) Sekiranya dilakukan setelah rukuk, iaitu dibaca ketika i'tidal.

4) Inilah bacaan qunut tersebut :

5) Jumhur ulama' berpendapat tiada doa khusus bagi qunut Nazilah. Jadi apabila ada doa lain boleh dibaca juga.

6) Para Imam hendaklah mengingatkan ma'mum jika ingin membaca qunut ini, supaya ma'mum mengaamiinkan ketika doa qunut ini dibaca dalam sholat.

7) Qunut ini pernah dibaca oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan berantai 60 orang penghafal al-Quran selama sebulan.

“Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam sholat zuhur, asar, magrib, isya' dan subuh di akhir tiap-tiap kali sholat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Abu Daud dan Imam Ahmad)

Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata:

"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib."


Doa Qunut Nazilah tidak ada ketentuan khusus, jadi semua doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah mengambil keputusan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.)

No comments:

Post a Comment